Istana Bandar Jugra

Sebuah istana lama terletak di bandar Jugra, Selangor. Kini ianya di dalam proses baik pulih.

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Terletak di Shah Alam dan menjadi mercu tanda yang megah bagi penduduk Selangor.

Bukit Malawati

Salah sebuah destinasi pelancongan. Banyak kesan-kesan sejarah boleh didapati di sini.

Muara, Kelang

Destinasi tumpuan penggemar hidangan makanan laut yang enak dan lazat.

Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor

Di sinilah terletaknya pejabat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor.

Tuesday 7 August 2012

Seminar Hulu Langat

Pada pertengahan Oktober 2011, telah berlangsung 'Seminar Hulu Langat' yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (PSMCS) dengan kerjasama Perpustakaan Awam Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang. Seminar dirasmikan oleh YDP MPKJ iaitu YBhg Encik Lee Kim See.

Pelbagai acara dijalankan termasuklah pembentangan kertas kerja pelbagai judul yang berkaitan dengan sejarah, pameran yang dikelolakan oleh Encik Faisal, jualan buku terbitan PSMCS oleh Cik Azlina, pertandingan mewarna dan deklamasi puisi oleh pelajar sekolah. Beberapa ahli PSMCS turut hadir untuk memberikan sokongan mereka dalam menjayakan aktiviti ini. Terima kasih kepada Encik Azril dan Encik Faisal yang telah mengendalikan seminar ini.

Kunjungan ke ITBM

Pada hari selasa, 17 Julai 2012 yang lalu, seramai 6 orang ahli-ahli PSM Cawangan Selangor telah mengadakan lawatan ke Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang terletak di Wangsa Maju.

YBhg Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif ITBM telah sudi beramah mesra dengan mereka. Selain taklimat, mereka juga dibawa melawat ruang pentadbiran dan membeli buku-buku di kedai buku yang terletak di tingkat bawah. Sempena lawatan itu juga, ahli PSMCS menyampaikan cenderamata kepada Tuan Pengarah Urusan. Terima kasih diucapkan kepada pihak ITBM.

Buku Terbitan PSMCS (1)


Judul : MALAWATI [Jurnal PSMCS] 
Tahun : 2007 / 2008
Jumlah : 84 mukasurat
Jilid : 7
Harga : RM10

Untuk pesanan, sila emel :
psmcs@yahoo.com.my

Buku Terbitan PSMCS (2)


Judul : MALAWATI [Jurnal PSMCS] 
Tahun : 2005
Jumlah : 90 mukasurat
Jilid : 6
Harga : RM10


Untuk pesanan, sila emel :
psmcs@yahoo.com.my

Buku Terbitan PSMCS (3)


Judul : MALAWATI [Jurnal PSMCS] 
Tahun : 1996
Jumlah : 95 mukasurat
Jilid : 2
Harga : RM10


Untuk pesanan, sila emel :
psmcs@yahoo.com.my

Buku Terbitan PSMCS (4)


Judul : MALAWATI [Jurnal PSMCS] 
Tahun : 2000
Jumlah : 89 mukasurat
Jilid : 3
Harga : RM10


Untuk pesanan, sila emel :
psmcs@yahoo.com.my

Buku Terbitan PSMCS (5)


Judul : MALAWATI [Jurnal PSMCS] 
Tahun : 2001
Jumlah : 54 mukasurat
Jilid : 4
Harga : RM10


Untuk pesanan, sila emel :
psmcs@yahoo.com.my

Buku Terbitan PSMCS (6)


Judul : MALAWATI [Jurnal PSMCS] 
Tahun : 2002 / 2003
Jumlah : 82 mukasurat
Jilid : 5
Harga : RM10


Untuk pesanan, sila emel :
psmcs@yahoo.com.my


Buku Terbitan PSMCS (7)


Judul : Sejarah Negeri Selangor [Dari Zaman Prasejarah hingga Kemerdekaan]
Jumlah : 544 mukasurat
Harga : RM60


Untuk pesanan, sila emel :
psmcs@yahoo.com.my

Buku Terbitan PSMCS (8)

Judul : Tokoh Wanita Selangor [Sejarah dan Sumbangan]
Tahun : 2009
Jumlah : 249 mukasurat
Harga : RM25


Untuk pesanan, sila emel :
psmcs@yahoo.com.my

Thursday 21 June 2012

Majlis Bicara Karya

Sukacita dimaklumkan bahawa semua dijemput hadir ke MAJLIS BICARA KARYA yang akan dianjurkan oleh Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka sempena ulang tahun penubuhan DBP yang ke-56.

Tajuk Bicara Karya: Proses Kepengarangan AIR MATA RAJA
Tarikh: 29 Jun 2012 (Jumaat)
Jam: 9.00 pagi - 12.00 tghari
Tempat: Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi hadir. Buku ini adalah hasil karya Prof. Shaharudin Datuk Hj. Ali (Penasihat Undang-Undang PSMCS) dan Nor Zailina Nordin (Pengarang Kehormat PSMCS).
Sama-sama kita menimba ilmu sambil mendapat manfaat, insyaAllah.

Tuesday 24 January 2012

SEJARAH NEGERI SELANGOR


SEJARAH NEGERI SELANGOR

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Asal nama Selangor tidak jelas, walaupun beberapa sumber mendakwa bahawa namanya telah diambil daripada perkataan "selangau", iaitu sejenis lalat besar, disebabkan oleh bilangan lalat yang ada berhampiran dengan Sungai Selangor, di bahagian barat laut negeri ini. Satu lagi teori mendakwa bahawa nama negeri ini diambil daripada frasa "Selang Ur" bermaksud "tanah selat" ("ur" membawa maksud "tanah" dalam bahasa Tamil).

Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Negeri ini mengamalkan sistem raja perlembagaan sejak turun-termurun, dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang.

Selangor juga merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan mempunyai infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia.


Selangor secara umumnya merupakan kawasan yang landai. Ia terletak antara Banjaran Titiwangsa dan Selat Melaka. Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :-

1. Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang
2. Hulu Langat terbahagi kepada dua:
- Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Ulu Klang
3. Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor
4. Klang ditabir oleh Majlis Perbandaran Klang
5. Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat
6. Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor
7. Petaling terbahagi kepada tiga:
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya
- Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Subang Jaya, USJ, Puchong, Serdang dan Seri -  Kembangan
- Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh
8. Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
9. Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang

Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Ampang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Rawang dan Semenyih.