LAMBANG PSM



Bulatan Dalam mempunyai dua ciri, iaitu pusatnya yang mengandungi bintang berpancaran empat belas melambangkan bilangan negeri yang ada di dalam negara Malaysia.

Bentuk Gendang Dongson yang dijumpai di tanah air kita dan dipercayai sebuah hasil tempatan yang menghubungkan sejarah awal Malaysia, sama ada dengan kawasan utara Asia Tenggara di mana tamadun Dongson itu telah berpunca mahupun dengan Nusantara.

Bulatan Luar pula memuatkan bentuk daun lontar yang melambangkan konsep kesarjanaan serta tradisi pensejarahan tanahair.

Warna Bulatan Dalam iaitu kuning, dan Bulatan Luar iaitu biru,kedua-duanya adalah sebahagian daripada warna-warna bendera Malaysia.

Sumber : Laman web PSM